May 28, 2009

iklan2~~ozzz tibo...


..Terlekat tulang ikan? "Tercekik" atau "terlekat" tulang ikan mempunyai natijah yang sama iaitu rasa tidak selesa, terganggu dan sakit pada kerongkong terutama apabila kita menelan air liur secara sedar. Caranya cukup mudah, Celupkan jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebanyak tiga kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan. InsyaAllah tulang yang terlekat akan keluar dengan mudah.
selamat mencuba~~

May 26, 2009

jauhi diri dari VIRUS

Virus ???

Dahulu kala, ketika Nabi Ibrahim dicabar Namrud berlawan dua lawan dua.
“Aku dengan bala tenteraku dan kamu dengan bala tentera tuhanmu,” cabarnya. Nabi Ibrahimpun berdoa, “Ya Allah berilah aku bala tentera-Mu yang paling kecil iaitu nyamuk.”
“Hai Ibrahim, kalau kamu tak sebut nyamuk, AKU boleh hantar yang lebih kecil daripada nyamuk.”
Akhirnya, Namrud dan bala tenteranya kalah dengan nyamuk.
Soalnya, Lebih Kecil Daripada Nyamuk. Masa tu, zaman Ibrahim, mana ada mikroskop, mana dia tahu. Kemungkinan yang Allah maksudkan ‘lebih kecil daripada nyamuk’ tu ialah VIRUS.
Merebaknya virus H1N1 di seluruh seantero dunia sangat memeranjatkan dunia. Dunia yang makin canggih ketika ini ditunggangterbalikkan oleh angkara virus daripada badan babi. Soalnya siapakah babi ini ??
Diceritakan bahawa babi ‘ditugaskan’ untuk membersihkan bahtera Nabi Nuh yang dinodai umatnya. Sepatutnyalah jasanya tetap dikenang.
Allah, pencipta manusia dan seisi dunia, telah mengingatkan kita untuk TIDAK MENGKOMSUMSI/MAKAN haiwan satu ini dalam surah Al-Baqarah ayat 173, Surah Al-Maidah ayat 3, Surah Al-An’am ayat 145, dan Surah An-Nahl ayat 115.
Kenapa ?

[SATU] Babi dalam ilmu tabib moden dikenali sebagai transit berbagai macam parasit dan penyakit, system biochemistrynya mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya yang lain disimpan dalam tubuh. Berbeza dengan manusia yang mengeluarkan 98% asid uridnya. Lagipun praeputium babi sering bocor menyebabkan urine babi merembes ke daging. Babi memiliki back fat yang lumayan tebal tapi tahukah anda babi mudah mengalami oxidative rancidity yang tidak melayakkan untuk dimakan.

[DUA] Haiwan yang halal hendaklah disembelih sebelum dimakan. Babi tidak memiliki leher untuk disembelih bagi mengeluarkan darah. Darah tempat sarangnya segala macam penyakit. Dah Allah cipta macam tu, sebab tu haram.

[TIGA] Daging babi adalah daging yang susah dicerna oleh usus, bahkan ia boleh menaikkan tekanan darah, radang sendi, pengerasan urat nadi dan angina pectoris –dada semput. Tahun 2001, Doktor Amerika telah mengeluarkan sejenis cacing yang membiak di otak seorang perempuan. Dia suka sangat makan hamburger, cacing daripada ham tu berkembang biak di usus dan bergerak melalui peradaran darah hingga ke hujungnya –otak-. Cacing tu mati kat situ. Dia mengadu sakit kepala. Satu lagi kes, Cacing yang berkembangbiak di usus boleh mencapai 4-10 meter, jumlahnya boleh mencecah 1000 ekor. Wow. Jangan makan lah.

[EMPAT]Struktur DNA babi,menurut kajian pakar, hampir sama dengan manusia. Kalau gen babi sama macam gen manusia. Macam kanibal la pulak.

[LIMA] Apa yang kita makan akan menjadi darah daging, maksudnya mempengaruhi sifat manusia. Sifat babi ialah suka tempat yang kotor, suka makan kotoran bahkan kotorannya sendiripun disodok, haiwan yang pemalas, tidak suka mencari makanan, tidak tahan matahari, tidak lincah, makan banyak, suka tidur, tidak boleh mempertahankan diri, suka sejenis, tidak cemburukan pasangannya, mudah melupakan pasangan dan lemah. Rujuk buku Adaptive physiology on mammals and birds, A.V Nalbandov dan N.V Nalbandov). Nak ke memiliki atau menurunkan sifat di atas ke anak cucu ?? Tak Nak.

[ENAM] Tahun 1986, Konferensi Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan di Sao Paulo, Babi dikatakan sebagai Reservoir Penyakit, tempat simpanan parasit, bacteria dan virus yang berbahaya. Bukan setakat simpanan bahkan boleh memprosesnya menjadi virus yang 'baru' dengan keganasan yang baru. Kira dia ni bapak pengganas.

[TUJUH] Dalam kes biasa, virus Al (Strain H1N1 dan H2N1) tidak menular secara langsung ke manusia. Virus Al mati dalam suhu 60 darjah Celcius. Gara-gara babi, virus Avian Influenza menjadi lebih ganas dan berbahaya menjadi mutan, boleh menjadi H5N1 –yang pernah membunuh 700.000 orang pada tahun 1968.

Dengan adanya virus yang merebak dan mengganggu dunia yang leka daripada makhluk yang hina dina –babi- , akhirnya kembalilah kepada ajaran agama masing-masing. Jangan Makan Babi, Jangan Jadi Babi.hahaha


p/s:"ern,nescafe!!"<----bencinya dengar ayat ni tiap malam uwaaa ern want to be gud sis~~~

May 24, 2009

eRn = melayu

fuh2....berabuk

"eRn,update blog."

wah malasnya~~~~


[[waktu lapang+malas=blog xterupdate]]--eRn~~~

May 1, 2009

hanya Dia penghibur~~

juga utk anda yg sama-sama berjuang di atas jalan ini.

keluhan yg juga pernah sy alami dan rasai:

"dulu ana merasa semangat saat aktif dalam da'wah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah/akhawat banyak pula yang aneh-aneh."

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan prilaku beberapa ikhwah/akhawat yang justru tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang Ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, Ana mendingan sendiri saja."

bila jiwa merintih selama mana berada di atas jalan ini,merintih merayu minta difahami,terigt kata-kata yg dilemparkan dlm dialog tersebut:

''jama'ah ini adalah jamaah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki . Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka dimata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

ditambah dengan kata-kata sebegini,terasa seperti diketuk di kepala sendiri[ouch!].dlm masa yg sama mengubat sedikit jiwa yg lara:

"Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu , maka kapankah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?"

"Kita bukan sekedar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafirpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da'i. kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.

oleh itu,seharusnya sy sendiri berazam dan melatih diri utk tidak terus lemah dan rebah:

"Biarlah yang lain dengan urusan pribadinya masing-masing. Biarlah diri ini tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan diri ini kelak dengan janji-janji- Nya. Biarlah segala kepedihan yang ku rasakan menjadi pelebur dosa-dosaku"


Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami