May 28, 2009

iklan2~~ozzz tibo...


..Terlekat tulang ikan? "Tercekik" atau "terlekat" tulang ikan mempunyai natijah yang sama iaitu rasa tidak selesa, terganggu dan sakit pada kerongkong terutama apabila kita menelan air liur secara sedar. Caranya cukup mudah, Celupkan jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebanyak tiga kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan. InsyaAllah tulang yang terlekat akan keluar dengan mudah.
selamat mencuba~~

May 26, 2009

jauhi diri dari VIRUS

Virus ???

Dahulu kala, ketika Nabi Ibrahim dicabar Namrud berlawan dua lawan dua.
“Aku dengan bala tenteraku dan kamu dengan bala tentera tuhanmu,” cabarnya. Nabi Ibrahimpun berdoa, “Ya Allah berilah aku bala tentera-Mu yang paling kecil iaitu nyamuk.”
“Hai Ibrahim, kalau kamu tak sebut nyamuk, AKU boleh hantar yang lebih kecil daripada nyamuk.”
Akhirnya, Namrud dan bala tenteranya kalah dengan nyamuk.
Soalnya, Lebih Kecil Daripada Nyamuk. Masa tu, zaman Ibrahim, mana ada mikroskop, mana dia tahu. Kemungkinan yang Allah maksudkan ‘lebih kecil daripada nyamuk’ tu ialah VIRUS.
Merebaknya virus H1N1 di seluruh seantero dunia sangat memeranjatkan dunia. Dunia yang makin canggih ketika ini ditunggangterbalikkan oleh angkara virus daripada badan babi. Soalnya siapakah babi ini ??
Diceritakan bahawa babi ‘ditugaskan’ untuk membersihkan bahtera Nabi Nuh yang dinodai umatnya. Sepatutnyalah jasanya tetap dikenang.
Allah, pencipta manusia dan seisi dunia, telah mengingatkan kita untuk TIDAK MENGKOMSUMSI/MAKAN haiwan satu ini dalam surah Al-Baqarah ayat 173, Surah Al-Maidah ayat 3, Surah Al-An’am ayat 145, dan Surah An-Nahl ayat 115.
Kenapa ?

[SATU] Babi dalam ilmu tabib moden dikenali sebagai transit berbagai macam parasit dan penyakit, system biochemistrynya mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya yang lain disimpan dalam tubuh. Berbeza dengan manusia yang mengeluarkan 98% asid uridnya. Lagipun praeputium babi sering bocor menyebabkan urine babi merembes ke daging. Babi memiliki back fat yang lumayan tebal tapi tahukah anda babi mudah mengalami oxidative rancidity yang tidak melayakkan untuk dimakan.

[DUA] Haiwan yang halal hendaklah disembelih sebelum dimakan. Babi tidak memiliki leher untuk disembelih bagi mengeluarkan darah. Darah tempat sarangnya segala macam penyakit. Dah Allah cipta macam tu, sebab tu haram.

[TIGA] Daging babi adalah daging yang susah dicerna oleh usus, bahkan ia boleh menaikkan tekanan darah, radang sendi, pengerasan urat nadi dan angina pectoris –dada semput. Tahun 2001, Doktor Amerika telah mengeluarkan sejenis cacing yang membiak di otak seorang perempuan. Dia suka sangat makan hamburger, cacing daripada ham tu berkembang biak di usus dan bergerak melalui peradaran darah hingga ke hujungnya –otak-. Cacing tu mati kat situ. Dia mengadu sakit kepala. Satu lagi kes, Cacing yang berkembangbiak di usus boleh mencapai 4-10 meter, jumlahnya boleh mencecah 1000 ekor. Wow. Jangan makan lah.

[EMPAT]Struktur DNA babi,menurut kajian pakar, hampir sama dengan manusia. Kalau gen babi sama macam gen manusia. Macam kanibal la pulak.

[LIMA] Apa yang kita makan akan menjadi darah daging, maksudnya mempengaruhi sifat manusia. Sifat babi ialah suka tempat yang kotor, suka makan kotoran bahkan kotorannya sendiripun disodok, haiwan yang pemalas, tidak suka mencari makanan, tidak tahan matahari, tidak lincah, makan banyak, suka tidur, tidak boleh mempertahankan diri, suka sejenis, tidak cemburukan pasangannya, mudah melupakan pasangan dan lemah. Rujuk buku Adaptive physiology on mammals and birds, A.V Nalbandov dan N.V Nalbandov). Nak ke memiliki atau menurunkan sifat di atas ke anak cucu ?? Tak Nak.

[ENAM] Tahun 1986, Konferensi Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan di Sao Paulo, Babi dikatakan sebagai Reservoir Penyakit, tempat simpanan parasit, bacteria dan virus yang berbahaya. Bukan setakat simpanan bahkan boleh memprosesnya menjadi virus yang 'baru' dengan keganasan yang baru. Kira dia ni bapak pengganas.

[TUJUH] Dalam kes biasa, virus Al (Strain H1N1 dan H2N1) tidak menular secara langsung ke manusia. Virus Al mati dalam suhu 60 darjah Celcius. Gara-gara babi, virus Avian Influenza menjadi lebih ganas dan berbahaya menjadi mutan, boleh menjadi H5N1 –yang pernah membunuh 700.000 orang pada tahun 1968.

Dengan adanya virus yang merebak dan mengganggu dunia yang leka daripada makhluk yang hina dina –babi- , akhirnya kembalilah kepada ajaran agama masing-masing. Jangan Makan Babi, Jangan Jadi Babi.hahaha


p/s:"ern,nescafe!!"<----bencinya dengar ayat ni tiap malam uwaaa ern want to be gud sis~~~

May 24, 2009

eRn = melayu

fuh2....berabuk

"eRn,update blog."

wah malasnya~~~~


[[waktu lapang+malas=blog xterupdate]]--eRn~~~

May 1, 2009

hanya Dia penghibur~~

juga utk anda yg sama-sama berjuang di atas jalan ini.

keluhan yg juga pernah sy alami dan rasai:

"dulu ana merasa semangat saat aktif dalam da'wah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah/akhawat banyak pula yang aneh-aneh."

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan prilaku beberapa ikhwah/akhawat yang justru tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang Ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, Ana mendingan sendiri saja."

bila jiwa merintih selama mana berada di atas jalan ini,merintih merayu minta difahami,terigt kata-kata yg dilemparkan dlm dialog tersebut:

''jama'ah ini adalah jamaah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki . Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka dimata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

ditambah dengan kata-kata sebegini,terasa seperti diketuk di kepala sendiri[ouch!].dlm masa yg sama mengubat sedikit jiwa yg lara:

"Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu , maka kapankah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?"

"Kita bukan sekedar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafirpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da'i. kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.

oleh itu,seharusnya sy sendiri berazam dan melatih diri utk tidak terus lemah dan rebah:

"Biarlah yang lain dengan urusan pribadinya masing-masing. Biarlah diri ini tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan diri ini kelak dengan janji-janji- Nya. Biarlah segala kepedihan yang ku rasakan menjadi pelebur dosa-dosaku"


Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami

Jan 28, 2009

abohku, HEPI BESDAY!!



salam alaik,

sepetang,sedang saya makan cekodok di meja makan..ayahku pulang di kantornye...saya menjemput ayah makan bersama sambil bangun buat air tuk ayah...mcm biase sesi soal jawab akan berlaku antara ayah dan saya:
~~pagi td wat pe je??
>>>blablabla22...
~~dah sidai+lipat+susun baju?
>>>dah2
sambil suap makan cekodok....
~~cadar bilik aboh da tukar??
>>>dah2
~~dah basuh bilik air bawah atas?
>>>dah2
soklan bertubi terus ditanya...dah2 pasti jawapannye...
abis je sesi soal jawab,ayahku bercerita sepetang dan saya hanye menadah telingar mendengar...
habis bercerita,kedua anak beranak sunyi seketika buat 180 saat...

tetiba"ern,tau x nape syue tuh pandai???"(*syue tuh stand 4 my makcik,adik kpd aboh..sepatutnye maksu tp syue geli haha)
huhu saya hampir tercekik makan cekodok..terdetik dalm hati soklan pelaa aboh tanye nih...tp ngan slamber aku cakap"syue memang pandai...anugerah Allah"
ayah sambung "tp aboh xpandai pun....tau x,senarnye syue pandai sbb atok manjakan dia"..
wah steatment pe ni...atok manjakan syue=syue pandai,syue pandai=atok manjakan..erm pelik2 tp bunyi mcm aboh jeles je nih...
"dulu2 time syue kecik2 atuk hantarkan pi sekolah naik basikal/motor tp aboh kena jalan kaki 5km,atok xpenah hantarkan..klo beg syue tuh atok yg angkatkan...."
lor nape lak ngan aboh ni da bukak hikayat lak...rindu atok ek tp xpe saya terhenti makan dan terus mendengar....."dulu time aboh masuk U atok hadiahkan aboh sebatang...aboh ingat sampai skrg"dan ayah terus bercerita sampai 1 ayat "atok da xde...."ayah berhenti bercerita dan bangun terus naik atas...saya terkedu sambil berpikir..mungkin aboh nangis rindukan atok dan saya pun rindukan atok...

da petang ni(27/1) aboh ajak kami adik beradik balik rembau walaupun esok adik2 aku sekolah...aboh kata dia nak makan makanan wan(nenek saya) masak dan air teh susu wan sempena hari jadinye esok...time kat rembau,aboh mintak wan baju melayu atok yg dulu dan aboh memakainya....mungkin itu cara aboh nak suruh aTok ingat esok besday dia kot...
adusss sentelmental sungguh ayah ku nih tp dangan cara yg halus sungguh tp saya tetap perasankan ni semua...

dan hari ini(28/1) hari jadi aboh...semoga aboh dipanjangkan umur dan sentiase dilindungi olehNYA...hadiah yg saya kasi xterbalas dengan jasa aboh...
open table yg ern blanje tuh bukan hadiah yg terbaik tuk aboh tp doa yang xputus dr anakmu ni sentiase dikirimkan HAPPY BESDAY ABOH!!!

Dec 19, 2008

segenggam tabah~~~

salam alaik,


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


tetb hati terasa nak tulis2 sekian lama tak berceloteh kat sini...tp bila da start nak menaip ilham xdatang2 lak padahal selalunye bertrafik jam ilham lalu lintas kat kepala ni..biaselaa tuh mcm interview gak bile depan org tuh terus kelu nebes katakan...mungkin saya nebes gak kot kat depan laptop ni hahaha...

=result=
semalam result dipaparkan...uitm ni suka main2kan perasaan orang..mane xnye memula dia cakap 17 patu up skit 18hb tup2 kuar 19...menguji kesabaran tul..bukan nak cakap xsabo tgk result walaupun da tau result hampehnye cuma kecuakan membunuh diri sampai xtido malam xselera makan,gosok gigi pun xkhusyuk pk punya pk nasib xteramek facialwash hafiz jdkan ubat gigi huhu
tapi penantian satu penyeksaan, akhir kuar juga...alhamdulillah terpancut kuar dr mulut,tp hati kecewa..

"kita inginkan yang indah,seindah pantai yang putih bersih....."

yea dalam hidup ni kite nak yg indah2 belaka je..kite jarang dan mmg xnak klo di bagi free pun mmg kira xnak yg xindah yg buat kita sedih+nangis+kecewa(ade ke org nak??)..


=old mAid=
serabai gila minah ni, buat saya hangat hati sungguh...
berani sungguh org gaji saya yg baru sebulan jagung duk umah saya larikan diri bersama beberapa keping not wang walid saya...baran gile!!
saya jadi xpaham,mengapa manusia sekarang da rasa xtakutkan dosatakutkan ALLAh,da xde dalam hatinya rasa bersalah bila mencuri,xde rasa pedihnya azab tuhan kelak nnt...yang dia fikir,jalan penyelesaian dari kesusahan dengan mencuri...simple.all abaut dunia,mesti di utamakan xpk akhirat kelak...xterfikir ke Allah da aturkan rezeki kita sejak b4 kita tgk dunia nih lagi...persoalannya nape kita biarkan hati terlalu cintakan dunia tetb teriang2 dia telingarku nasyid raihan antara dua cinta..

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh

yaRAb,janganlaa Kau golongkanku dalam golongan cintakan dunia....amin2


huhu emosi saya da xstable da..rasa nak tumbuk2 org je ozz tibo tp tulaa yg saya rasa skrg nih hehehe...ape yg saya tulis ni adalah peringatan ern kepada aisyah,ern pd saya, saya pd saya dan dr aisyah pd saya hahaha



Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami



Dec 18, 2008

Aku,ketam dan Dia


Aku,ketam dan Dia

salam alaik,
1artikel bile baca,hati terus jatuh cinta dengan cerita ini..
tak tahu kenapa tp
terpikir-pikir juga motif yang cuba nak disampaikan..
terbawa-bawa gak ke dalam mimpi memikirkan..
terbayang-bayang jua aku,ketam dan Dia...
termeronta-meronta juga nak jumpa ketam...
mengapa??
kerana saya rasa nak menjerit bagitau ketam dan universal menyatakan bahawa manusia=saya bukaknlaa seperti itu.....

“Apa definisi manusia?” Soalan itu memeranjatkan saya. Semenjak saya bersahabat dengan Raja Ketam, itulah soalan yang paling sukar untuk dijawab saya. Mengerti, saya perlu jujur dalam menjawab soalan itu, tidak tergamak saya untuk menipu walau pun dia seekor ketam. Saya berfikir dalam-dalam kerana mahu menyusun kata yang terbaik. Bayu laut menyusup dicelah kekosongan yang sengaja saya biarkan. Setiap hujung minggu, saya sentiasa di sini, di pantai berpasir perang keemasan di sisi Selat Bass supaya dapat saya bertemu dengan Raja Ketam. Lagi pun, Raja Ketam akan hanya di sini dalam tiga bulan musim panas ini, bila cuaca suam-suam memasuki musim luruh, dia hilang entah ke mana-mana. Mungkin memantau koloni-koloni lain yang berkampung di sekitar Tasmania. Dia tidak mungkin ke mana-mana kerana berdasarkan pengetahuan saya mereka ini bukanlah seperti Robin yang akan hilang terbang ke kawasan yang lebih panas apabila sejuk mula menguasai benua ini.

Kebiasaannya, kami berdua akan berdialog sementara ketam-ketam bilis sebesar penumbuk budak tanpa jemu berlatih berjalan betul di atas pantai yang saujana di hadapan kami. Mereka sangat taat. Barang kali bimbang dikepit Raja Ketam yang penyepitnya itu sahaja sudah sebesar betis saya. Mungkin juga mahu mengambil hati Raja Ketam walau pun arahannya itu kelihatan mustahil. Raja Ketam memang gemar menimbulkan polemik yang tidak masuk akal, itu, latihan berjalan dengan betul merupakan polisi Raja Ketam sejak dahulu lagi. Setiap ketam yang mahu damai di perairan Tasmania ini wajib tunduk kepada polisi itu, berlatih berjalan betul. Saya songsong bayu laut, bergerak ke hadapan sedikit dan sekarang saya tegun betul-betul di depan Raja Ketam.

“Bermaksud khalifah yang jahil. Lebih dungu daripada haiwan.” Raja Ketam terkejut. Dua matanya yang terpacak seperti tiang konkrit di atas tanah laterit itu digerak-gerakkanya seolah tidak percaya itu akan menjadi jawapan saya. Dia menanti dengan gelisah ayat yang mahu keluar dari mulut saya.

“Tuhan dah tawarkan amanah kepada semua makhluk, semua tak mahu kecuali manusia. Terima amanah kemudian pecah amanah. Definisi kedua, sedia dihumban ke dalam api.” Dia jadi makin gelisah. Tangannya yang banyak itu sekejap-sekejap menggaru dada pasir.

“Akal penyelamat, tapi malas berfikir, lalu buat benda yang bukan-bukan. Definisi ketiga akal adalah manusia, kalau tak guna itu bukan lagi manusia, malah akan jadi lebih teruk daripada haiwan ternak.” Kali ini Raja Ketam tidak bergerak, seolah-olah disumpah menjadi batu oleh patah-patah kata yang keluar dari mulut saya.

“Pesan Tuhan lupa, janji sebelum lahir lupa, lepas lahir tak ambil peduli, lepas mati minta lahir semula. Pesan orang lupa, pesan sesiapa pun lupa. Definisi keempat manusia adalah makhluk nyanyuk.” Sambung saya dengan lebih tegas.

“Sudah!” Jerit Raja Ketam. Kali ini Raja Ketam tidak dapat lagi menahan kegelisahan di hatinya. Barang kali dia tidak perasan yang jawapan-jawapan itu saya kutip daripada ayat-ayat Tuhan yang menempelak sikap buruk manusia. Mungkin juga kerana selama ini dia menganggap manusia makhluk istimewa. Pernah suatu hari, dia meminta saya untuk mencarikan dia seorang gadis cantik di kalangan manusia untuk dijadikan isterinya. Katanya dia sudah lama membujang. Saya tidak pernah memandang serius permintaannya kerana bagi saya itu permintaan yang tidak masuk akal. Mana mungkin manusia boleh berkahwin dengan ketam. Perkara seperti itu adalah mustahil untuk berlaku. Sering kali apabila dihadapkan dengan perkara-perkara mustahil, saya akan berfikir dahulu, mengapa perkara semustahil itu dibangkitkan di hadapan saya. Mungkin juga Raja Ketam hanya berseloroh dengan saya. Mungkin.

“Yang ingin aku tahu adalah kebaikan manusia? Kamu tidak punya contoh yang baik? Yang boleh aku guna untuk aku jadikan teladan?” Tanya Raja Ketam yang saya kira tidak berpuas hati dengan jawapan-jawapan saya tadi.

“Pernah dengar nama Muhammad Bin Abdullah?” Soal saya kepada Raja Ketam. Kali ini dia kelihatan teruja. Tangannya yang banyak itu diangkat-angkat seolah-olah mahu menari dengan saya.

“Pernah-pernah! Dia rahmat seluruh alam. Aku tak adalah jahil sangat.” Kata Raja Ketam dengan nada ceria. Seolah-olah anak kecil di hospital yang berada di bawah tanggungjawab saya ketika saya menghulurkan gula-gula kapas kepadanya semalam selepas dia dipaksa makan makanan hospital hampir tiga hari. “Terima kasih tuan doktor! Terima kasih!” Kata si cilik comel itu. “Raja Ketam ini boleh tahan juga ilmu agamanya.” Bisik saya dalam hati.

Itu definisi manusia sempurna. "Alim yang merendah diri. Pemimpin yang miskin. Hamba Tuhan yang kaya. Panglima perang yang berhati halus. Hakim yang keras keputusannya. Suami yang lembut pergaulannya. Itu definisi manusia sempurna." Raja Ketam kelihatan puas dengan jawapan saya.

“Pemimpin seperti saya?” Tanya Raja Ketam. Saya tidak tahu untuk menjawab soalan tersebut. Besar kemungkinan kerana saya bukanlah ketam atau ikan yang hidup di perairan Tasmania lalu membolehkan saya melihat kepimpinan Raja Ketam luar dan dalam. Lalu saya mengambil keputusan untuk menjawab soalan itu secara umum.

"Setiap kita pemimpin. Setiap kita akan ditanya tentang kepimpinan kita. Tuan boleh jawab sendiri. Hebat kita kerana menjaga amanah. Kita akan ditanya tentang amanah. Oleh itu kita perlu jujur dengan pemberi amanah". Kalau kita silap, kita rela sahaja ditegur, baik secara kasar atau halus, pokoknya, amanah itu sentiasa terbela. Seperti Umar yang rela dibetulkan dengan pedang.” Saya pasti kisah Umar itu juga mesra dengan Raja Ketam. Dia senyap. Saya membisu. Lalu sekali lagi damai bayu dan ombak berpapasan dengan hangat perbincangan kami. Raja Ketam seolah-olah berfikir panjang.

“Terima kasih.” Ucapnya. Saya mengukir senyum. Perbincangan tadi merupakan perbincangan sulung kami mengenai perkara seserius itu. Dia kemudian saya lihat menyendeng perlahan menuju ke gigi air. Kemudian diikuti oleh ratusan ekor ketam bilis. Tidak pula sempat untuk saya bertanya, akan lagikah dia mahu mengajar ketam-ketam bilis itu berjalan betul pasca perbincangan kami tadi. Lalu saya mengambil keputusan untuk menjerit sahaja dari tempat saya berdiri kepadanya yang sudah sedia mencecah air.

“Oi! Kepimpinan melalui teladan.” Dia melambaikan tangannya yang banyak itu kepada saya sebelum dia hilang diarak ombak.